Powered By Blogger

Saturday, 21 September 2013

~Sambungan Janji Seorang Sahabat~

Shady: Assalamualaikum Aqasyah!
Aqasyah:Waalaikummussalam Shady.Kenapa call aku pagi-pagi ini?Ada hal penting ya?

Shady:Kenapa kau macam tak suka aku call ni?Tak apalah kalau kau sibuk..

Aqasyah:Eh!Janganlah merajuk!Aku tanya sahaja .. J
Okay,back to the main point.Kenapa kau call aku?

Shady:Hmmm .. Aku nak ajak kau datang rumah aku.Mak aku pergi kursus dua minggu.Bosanlah duduk rumah.

Aqasyah:Eh?Bukankah adik-adik kau tu macam-macam kerenah?Tak mungkin kau bosan pula?

Shady:Alah…Datang sahajalah L

Aqasyah:Okey..Pukul sembilan setengah aku sampai rumah kau ya?

Shady:Okey..Assalamualaikum.

Aqasyah:Waalaikummussalam.

Talian diputuskan.Shady segera ke dapur untuk memasak makan tengah hari untuk Aqasyah dan adik-adiknya yang lain.Shady memang seorang yang bertanggungjawab.Walaupun tegas,namun dia masih mempunyai kelembutannya dan sikap tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarga.

Dia mengambil apron polkadot yang tergantung dan memakainya.Kini,ada tugas menantinya …

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidak sampai satu jam,makan tengahari telah siap dihidangkan.Nasi putih,ayam goreng tepung,telur bungkus,sup ayam,ayam masak merah,sayur campur dan ikan keli goreng telah pun terhidang di atas meja.

Shady menggantung semula apron polkadot itu di tempatnya dan pergi ke ruang tamu untuk berehat seketika.Dia mengambil alat kawalan dan menekan-ekan punat alat kawalan tersebut untuk mencari hiburan yang menarik.

Beberapa minit kemudian,kedengaran bunyi loceng pintu ditekan bertalu-talu.Shady yang sedang menonton rancangan Melodi segera membuka pintu kayu yang berukir cantik itu.

Di sebalik bukaan pintunya itu,kelihatan Aqasyah memakai blaus lengan panjang berwarna ungu dipadankan dengan skirt labuh garis lurus berwarna putih,hitam dan juga merah jambu.Selendang abstrak juga dililit kemas di kepalanya.Dia tersenyum nipis kepada Shady.

Shady terpegun seketika melihat kejelitaan rakan baiknya yang seorang itu sebelum mempersilakannya masuk ke dalam.Ruang  tamu rumahnya itu didekorasi sendiri oleh Puan Normila,ibu Shady.Dindingnya dicat dengan warna putih mutiara.Juga mempunyai karpet tebal yang dibeli di luar Negara.Karpet tersebut begitu tebal dan lembut sekali.

Shady mempelawa Aqasyah duduk dan pergi ke dapur untuk membancuh seteko teh buat teman baiknya itu.Aqasyah memerhati segenap sudut rumah Shady.Ini merupakan kali pertama dia datang ke rumah baru kawannya itu.Sebelum ini memang Shady ada menjemputnya datang ke rumah barunya itu.Namun,Aqasyah tidak mempunyai masa untuk pergi ke rumah Shady.

Lamunannya terhenti apabila melihat Shady sedang menatang dulang berisi seteko teh,dua buah cawan dan buah-buahan sebagai alas perut. Shady meletakkan dulang tersebut dengan berhati-hati di atas meja kaca di ruang tamu rumahnya itu.

‘Aqasyah,jemputlah makan.Aku dah masak makan tengahari untuk kita semua.Sekejap lagi kita makan.’kata Shady sambil mengambil sepotong tembikai.

Aqasyah hanya mengangguk sambil tangannya mengambil  sepotong buah tembikai susu. Mereka makan sambil bergosip bersama-sama.Walaupun kelihatan baik dan sopan,namun Shady dan Aqasyah juga mempunyai tanduk jahatnya.Mereka juga seperti pelajar perempuan yang lain di Sri Permata.Suka bergosip.Namun mereka bergosip sekali sekala sahaja.

Aqasyah menghabiskan masa hingga petang di rumah Shady.Bermacam-macam perkara yang terjadi pada hari itu.Masing-masing berasa begitu gembira sekali dengan kejadian-kejadian yang tidak disangkakan. Membuatkan Aqasyah melupakan seketika konflik keluarga yang dihadapinya.                                                                                                     

No comments:

Post a Comment