Menulis
rangka cerita sebelum mula menulis novel. Rangka cerita ditulis mengikut bab.
Jika ada 10 bab maka akan ada 10 ringkasan cerita mengikut bab.
Kelebihan
menulis rangka cerita :
1) Dapat
mengawal jumlah mukasurat. Ini secara tidak langsung mengawal harga buku. Harga
buku yang terbaik untuk pembaca remaja adalah RM15. Jadi mukasuratnya dalam
250.
2) Dapat
mengelakkan 'writer's block', kebuntuan. Ini penyakit kebanyakan penulis.
Selalunya apabila kena penyakit ini, penulis akan beralih kepada cerita baru.
Akhirnya tiada satu buku pun yang terbit. Semuanya separuh jalan.
3) Dapat
mengawal emosi pembaca. Kita tahu dibahagian mana kita mahu pembaca ketawa,
terkejut, sedih dan ketakutan. Emosi pembaca paling penting untuk dijaga. Aturan
emosi yang tidak betul menyebabkan emosi pembaca menjadi bercelaru.
4) Dapat
menulis dengan laju. Apabila sudah ada rangka. Kerja penulis hanya
mengembangkan cerita.
Paling laju,
penulis boleh menyiapkan satu novel dalam masa 3 minggu sahaja. Siapa di sini
mahu jadi penulis. Bolehlah praktikkan cara ini ^________^

No comments:
Post a Comment