Powered By Blogger

Thursday, 19 September 2013

 ~Janji Seorang Sahabat

 ~BAB 1~

Nur Naimi Syadiyah atau nama panggilannya Shady merenung siling biliknya.Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sahabatnya Aqasyah.Bibirnya menguntum senyum.Mindanya bagaikan memutarkan kembali perbualan mereka semasa pulang dari sekolah tadi.

“Aduh!banyaknya kerja sekolah yang cikgu bagi!”Shady merungut-rungut sambil berjalan kaki pulang dari sekolah.

Aqasyah hanya tersenyum”Janganlah macam tu.Cikgu bagi kerja sekolah pun untuk kebaikan”

Shady mengangguk perlahan sambil tersenyum.”Terima kasih Aqasyah.Shady merungut pula.Sepatutnya Shady bersyukur sebab cikgu bagi kerja sekolah dekat kita”

Aqasyah tersenyum”Macam itulah kawan baik aku.Jomlah kita balik.Nanti lewat pula sampai di rumah’

“Jom!”Shady berkata dengan nada riang.Tidak sabar mahu makan.Perutnya sudah berkeroncong minta diisi.Dia mula mempercepatkan langkahnya ke rumah teres tiga tingkatnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lamunan Shady terhenti apabila melihat ibunya,Puan Normila masuk ke dalam biliknya yang berwarna ungu lembut itu.Biliknya disusun atur mengikut citarasanya sendiri.Sebuah katil bersaiz queen berwarna ungu lembut menjadi tempatnya beradu setiap malam.Sebuah rak buku dan meja belajar turut diletakkan di dalam biliknya.

‘Ada apa mama?’tanya Shady sebaik sahaja Puan Normila duduk di hujung katil miliknya.

‘Tak adalah.Macam mana sekolah hari ini?’tanya Puan Normila kepada Shady.

‘Biasa sahaja’jawab Shady sambil lewa.Dia begitu khusyuk membaca novel.

‘Mama nak beritahu Shady ini.Esok mama pergi kursus dekat Cameron Highlands selama dua minggu.Jaga adik baik-baik tau.Belajar elok-elok’pesan Puan Normila kepada Shady,anak sulung dalan keluarga merangkap anak dara suntinya yang manja itu.

‘Baik mama’Shady berkata.Shady sememangnya kurang bercakap dan lebih banyak berfikir berbanding adik-adiknya yang bermulut becok dan banyak cakap.

‘Mama nak kemas barang dulu,ya?’kata Puan Normila sebelum keluar dari bilik Shady.Shady hanya memerhati.Dia mengeluh perlahan.Terpaksalah dia melayan kerenah adik-adiknya yang banyak ragam selama dua minggu.Aduh!Sabar sahajalah.Shady berkata sendirian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keesokkan harinya,Puan Normila berangkat ke Cameron Highlands.Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Puan Normila menghilang,adik-adik Shady terus sahaja bersorak riang.

‘Yeay!Mama pergi kursus dua minggu!Merdeka!’kata adik Shady yang paling bongsu.Dua orang adik-beradiknya yang lain turut bersorak riang.

‘Hey!Siapa cakap kamu semua merdeka?Pergi buat kerja sekolah.Selepas itu,cuci kasut dan gosok baju masing-masing!kata Shady dengan suara yang lantang.Walaupun kurang bercakap.Namun dia seorang yang begitu tegas dan serius.Dia tidak mahu adik-adiknya mengambil mudah perkara ini.

‘Baik Kak Long’kata adik-adiknya perlahan.Mereka memang tidak berani membantah kata-kata kakak sulung mereka yang seorang itu.Mereka masuk ke dalam rumah dan melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh Shady tadi.

Shady melihat jam dinding di ruang tamu rumahnya.Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.Dia masuk semula ke dalam biliknya dan mengambil telefonnya yang berjenama Samsung itu.Pantas jari-jemari runcingnya menekan nombor telefon rakan baiknya,Aqasyah.

Setelah menunggu selama beberapa saat,panggilannya pun berjawab...

No comments:

Post a Comment