Powered By Blogger

Saturday, 21 September 2013



Menulis rangka cerita sebelum mula menulis novel. Rangka cerita ditulis mengikut bab. Jika ada 10 bab maka akan ada 10 ringkasan cerita mengikut bab.

Kelebihan menulis rangka cerita :

1) Dapat mengawal jumlah mukasurat. Ini secara tidak langsung mengawal harga buku. Harga buku yang terbaik untuk pembaca remaja adalah RM15. Jadi mukasuratnya dalam 250.

2) Dapat mengelakkan 'writer's block', kebuntuan. Ini penyakit kebanyakan penulis. Selalunya apabila kena penyakit ini, penulis akan beralih kepada cerita baru. Akhirnya tiada satu buku pun yang terbit. Semuanya separuh jalan.

3) Dapat mengawal emosi pembaca. Kita tahu dibahagian mana kita mahu pembaca ketawa, terkejut, sedih dan ketakutan. Emosi pembaca paling penting untuk dijaga. Aturan emosi yang tidak betul menyebabkan emosi pembaca menjadi bercelaru.

4) Dapat menulis dengan laju. Apabila sudah ada rangka. Kerja penulis hanya mengembangkan cerita.

Paling laju, penulis boleh menyiapkan satu novel dalam masa 3 minggu sahaja. Siapa di sini mahu jadi penulis. Bolehlah praktikkan cara ini ^________^
~Sambungan Janji Seorang Sahabat~

Shady: Assalamualaikum Aqasyah!
Aqasyah:Waalaikummussalam Shady.Kenapa call aku pagi-pagi ini?Ada hal penting ya?

Shady:Kenapa kau macam tak suka aku call ni?Tak apalah kalau kau sibuk..

Aqasyah:Eh!Janganlah merajuk!Aku tanya sahaja .. J
Okay,back to the main point.Kenapa kau call aku?

Shady:Hmmm .. Aku nak ajak kau datang rumah aku.Mak aku pergi kursus dua minggu.Bosanlah duduk rumah.

Aqasyah:Eh?Bukankah adik-adik kau tu macam-macam kerenah?Tak mungkin kau bosan pula?

Shady:Alah…Datang sahajalah L

Aqasyah:Okey..Pukul sembilan setengah aku sampai rumah kau ya?

Shady:Okey..Assalamualaikum.

Aqasyah:Waalaikummussalam.

Talian diputuskan.Shady segera ke dapur untuk memasak makan tengah hari untuk Aqasyah dan adik-adiknya yang lain.Shady memang seorang yang bertanggungjawab.Walaupun tegas,namun dia masih mempunyai kelembutannya dan sikap tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarga.

Dia mengambil apron polkadot yang tergantung dan memakainya.Kini,ada tugas menantinya …

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidak sampai satu jam,makan tengahari telah siap dihidangkan.Nasi putih,ayam goreng tepung,telur bungkus,sup ayam,ayam masak merah,sayur campur dan ikan keli goreng telah pun terhidang di atas meja.

Shady menggantung semula apron polkadot itu di tempatnya dan pergi ke ruang tamu untuk berehat seketika.Dia mengambil alat kawalan dan menekan-ekan punat alat kawalan tersebut untuk mencari hiburan yang menarik.

Beberapa minit kemudian,kedengaran bunyi loceng pintu ditekan bertalu-talu.Shady yang sedang menonton rancangan Melodi segera membuka pintu kayu yang berukir cantik itu.

Di sebalik bukaan pintunya itu,kelihatan Aqasyah memakai blaus lengan panjang berwarna ungu dipadankan dengan skirt labuh garis lurus berwarna putih,hitam dan juga merah jambu.Selendang abstrak juga dililit kemas di kepalanya.Dia tersenyum nipis kepada Shady.

Shady terpegun seketika melihat kejelitaan rakan baiknya yang seorang itu sebelum mempersilakannya masuk ke dalam.Ruang  tamu rumahnya itu didekorasi sendiri oleh Puan Normila,ibu Shady.Dindingnya dicat dengan warna putih mutiara.Juga mempunyai karpet tebal yang dibeli di luar Negara.Karpet tersebut begitu tebal dan lembut sekali.

Shady mempelawa Aqasyah duduk dan pergi ke dapur untuk membancuh seteko teh buat teman baiknya itu.Aqasyah memerhati segenap sudut rumah Shady.Ini merupakan kali pertama dia datang ke rumah baru kawannya itu.Sebelum ini memang Shady ada menjemputnya datang ke rumah barunya itu.Namun,Aqasyah tidak mempunyai masa untuk pergi ke rumah Shady.

Lamunannya terhenti apabila melihat Shady sedang menatang dulang berisi seteko teh,dua buah cawan dan buah-buahan sebagai alas perut. Shady meletakkan dulang tersebut dengan berhati-hati di atas meja kaca di ruang tamu rumahnya itu.

‘Aqasyah,jemputlah makan.Aku dah masak makan tengahari untuk kita semua.Sekejap lagi kita makan.’kata Shady sambil mengambil sepotong tembikai.

Aqasyah hanya mengangguk sambil tangannya mengambil  sepotong buah tembikai susu. Mereka makan sambil bergosip bersama-sama.Walaupun kelihatan baik dan sopan,namun Shady dan Aqasyah juga mempunyai tanduk jahatnya.Mereka juga seperti pelajar perempuan yang lain di Sri Permata.Suka bergosip.Namun mereka bergosip sekali sekala sahaja.

Aqasyah menghabiskan masa hingga petang di rumah Shady.Bermacam-macam perkara yang terjadi pada hari itu.Masing-masing berasa begitu gembira sekali dengan kejadian-kejadian yang tidak disangkakan. Membuatkan Aqasyah melupakan seketika konflik keluarga yang dihadapinya.                                                                                                     

Thursday, 19 September 2013

 ~Janji Seorang Sahabat

 ~BAB 1~

Nur Naimi Syadiyah atau nama panggilannya Shady merenung siling biliknya.Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sahabatnya Aqasyah.Bibirnya menguntum senyum.Mindanya bagaikan memutarkan kembali perbualan mereka semasa pulang dari sekolah tadi.

“Aduh!banyaknya kerja sekolah yang cikgu bagi!”Shady merungut-rungut sambil berjalan kaki pulang dari sekolah.

Aqasyah hanya tersenyum”Janganlah macam tu.Cikgu bagi kerja sekolah pun untuk kebaikan”

Shady mengangguk perlahan sambil tersenyum.”Terima kasih Aqasyah.Shady merungut pula.Sepatutnya Shady bersyukur sebab cikgu bagi kerja sekolah dekat kita”

Aqasyah tersenyum”Macam itulah kawan baik aku.Jomlah kita balik.Nanti lewat pula sampai di rumah’

“Jom!”Shady berkata dengan nada riang.Tidak sabar mahu makan.Perutnya sudah berkeroncong minta diisi.Dia mula mempercepatkan langkahnya ke rumah teres tiga tingkatnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lamunan Shady terhenti apabila melihat ibunya,Puan Normila masuk ke dalam biliknya yang berwarna ungu lembut itu.Biliknya disusun atur mengikut citarasanya sendiri.Sebuah katil bersaiz queen berwarna ungu lembut menjadi tempatnya beradu setiap malam.Sebuah rak buku dan meja belajar turut diletakkan di dalam biliknya.

‘Ada apa mama?’tanya Shady sebaik sahaja Puan Normila duduk di hujung katil miliknya.

‘Tak adalah.Macam mana sekolah hari ini?’tanya Puan Normila kepada Shady.

‘Biasa sahaja’jawab Shady sambil lewa.Dia begitu khusyuk membaca novel.

‘Mama nak beritahu Shady ini.Esok mama pergi kursus dekat Cameron Highlands selama dua minggu.Jaga adik baik-baik tau.Belajar elok-elok’pesan Puan Normila kepada Shady,anak sulung dalan keluarga merangkap anak dara suntinya yang manja itu.

‘Baik mama’Shady berkata.Shady sememangnya kurang bercakap dan lebih banyak berfikir berbanding adik-adiknya yang bermulut becok dan banyak cakap.

‘Mama nak kemas barang dulu,ya?’kata Puan Normila sebelum keluar dari bilik Shady.Shady hanya memerhati.Dia mengeluh perlahan.Terpaksalah dia melayan kerenah adik-adiknya yang banyak ragam selama dua minggu.Aduh!Sabar sahajalah.Shady berkata sendirian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keesokkan harinya,Puan Normila berangkat ke Cameron Highlands.Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Puan Normila menghilang,adik-adik Shady terus sahaja bersorak riang.

‘Yeay!Mama pergi kursus dua minggu!Merdeka!’kata adik Shady yang paling bongsu.Dua orang adik-beradiknya yang lain turut bersorak riang.

‘Hey!Siapa cakap kamu semua merdeka?Pergi buat kerja sekolah.Selepas itu,cuci kasut dan gosok baju masing-masing!kata Shady dengan suara yang lantang.Walaupun kurang bercakap.Namun dia seorang yang begitu tegas dan serius.Dia tidak mahu adik-adiknya mengambil mudah perkara ini.

‘Baik Kak Long’kata adik-adiknya perlahan.Mereka memang tidak berani membantah kata-kata kakak sulung mereka yang seorang itu.Mereka masuk ke dalam rumah dan melakukan kerja-kerja yang disuruh oleh Shady tadi.

Shady melihat jam dinding di ruang tamu rumahnya.Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.Dia masuk semula ke dalam biliknya dan mengambil telefonnya yang berjenama Samsung itu.Pantas jari-jemari runcingnya menekan nombor telefon rakan baiknya,Aqasyah.

Setelah menunggu selama beberapa saat,panggilannya pun berjawab...