~Sambungan Janji Seorang Sahabat~
Shady: Assalamualaikum Aqasyah!
Aqasyah:Waalaikummussalam
Shady.Kenapa call aku pagi-pagi ini?Ada hal penting ya?
Shady:Kenapa
kau macam tak suka aku call ni?Tak apalah kalau kau sibuk..
Aqasyah:Eh!Janganlah
merajuk!Aku tanya sahaja .. J
Okay,back to
the main point.Kenapa kau call aku?
Shady:Hmmm
.. Aku nak ajak kau datang rumah aku.Mak aku pergi kursus dua minggu.Bosanlah
duduk rumah.
Aqasyah:Eh?Bukankah
adik-adik kau tu macam-macam kerenah?Tak mungkin kau bosan pula?
Shady:Alah…Datang
sahajalah L
Aqasyah:Okey..Pukul
sembilan setengah aku sampai rumah kau ya?
Shady:Okey..Assalamualaikum.
Aqasyah:Waalaikummussalam.
Talian
diputuskan.Shady segera ke dapur untuk memasak makan tengah hari untuk Aqasyah
dan adik-adiknya yang lain.Shady memang seorang yang bertanggungjawab.Walaupun
tegas,namun dia masih mempunyai kelembutannya dan sikap tanggungjawab sebagai
anak sulung dalam keluarga.
Dia
mengambil apron polkadot yang tergantung dan memakainya.Kini,ada tugas
menantinya …
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak sampai
satu jam,makan tengahari telah siap dihidangkan.Nasi putih,ayam goreng
tepung,telur bungkus,sup ayam,ayam masak merah,sayur campur dan ikan keli
goreng telah pun terhidang di atas meja.
Shady
menggantung semula apron polkadot itu di tempatnya dan pergi ke ruang tamu
untuk berehat seketika.Dia mengambil alat kawalan dan menekan-ekan punat alat
kawalan tersebut untuk mencari hiburan yang menarik.
Beberapa
minit kemudian,kedengaran bunyi loceng pintu ditekan bertalu-talu.Shady yang
sedang menonton rancangan Melodi segera membuka pintu kayu yang berukir cantik
itu.
Di sebalik
bukaan pintunya itu,kelihatan Aqasyah memakai blaus lengan panjang berwarna
ungu dipadankan dengan skirt labuh garis lurus berwarna putih,hitam dan juga
merah jambu.Selendang abstrak juga dililit kemas di kepalanya.Dia tersenyum
nipis kepada Shady.
Shady
terpegun seketika melihat kejelitaan rakan baiknya yang seorang itu sebelum
mempersilakannya masuk ke dalam.Ruang
tamu rumahnya itu didekorasi sendiri oleh Puan Normila,ibu
Shady.Dindingnya dicat dengan warna putih mutiara.Juga mempunyai karpet tebal
yang dibeli di luar Negara.Karpet tersebut begitu tebal dan lembut sekali.
Shady
mempelawa Aqasyah duduk dan pergi ke dapur untuk membancuh seteko teh buat
teman baiknya itu.Aqasyah memerhati segenap sudut rumah Shady.Ini merupakan
kali pertama dia datang ke rumah baru kawannya itu.Sebelum ini memang Shady ada
menjemputnya datang ke rumah barunya itu.Namun,Aqasyah tidak mempunyai masa
untuk pergi ke rumah Shady.
Lamunannya
terhenti apabila melihat Shady sedang menatang dulang berisi seteko teh,dua
buah cawan dan buah-buahan sebagai alas perut. Shady meletakkan dulang tersebut
dengan berhati-hati di atas meja kaca di ruang tamu rumahnya itu.
‘Aqasyah,jemputlah
makan.Aku dah masak makan tengahari untuk kita semua.Sekejap lagi kita
makan.’kata Shady sambil mengambil sepotong tembikai.
Aqasyah
hanya mengangguk sambil tangannya mengambil
sepotong buah tembikai susu. Mereka makan sambil bergosip
bersama-sama.Walaupun kelihatan baik dan sopan,namun Shady dan Aqasyah juga
mempunyai tanduk jahatnya.Mereka juga seperti pelajar perempuan yang lain di
Sri Permata.Suka bergosip.Namun mereka bergosip sekali sekala sahaja.
Aqasyah
menghabiskan masa hingga petang di rumah Shady.Bermacam-macam perkara yang
terjadi pada hari itu.Masing-masing berasa begitu gembira sekali dengan
kejadian-kejadian yang tidak disangkakan. Membuatkan Aqasyah melupakan seketika
konflik keluarga yang dihadapinya.